SMKBBA akan berusaha bersungguh-sungguh dengan menggunakan semua sumber yang ada dalam:
1.Meningkatkan kualiti pengurusan dan perkhidmatan dengan memantapkan pengurusan dan pentadbiran serta pengurusan kewangan sekolah.
2.Meningkatkat prestasi akademik dan pembentukan sahsiah diri pelajar melalui Pemantapan Pengurusan Kurikulum, Pengurusan HEM, Pengurusan Ko-Kurikulum.
3.Meningkatkan profesionalisme organisasi melalui pemantapan Pengurusan Sumber Manusia.
4.Mewujudkan budaya sekolah kondusif dengan memantapkan pengurusan pembangunan fizikal dan hubungan komuniti.