Date: Thursday, 18 October 2018

Malaysia Local Time01:01:02 AM (GMT+8)

School History

Apabila melawati Bandar Baru Ampang sudah pasti akan kelihatan tersergam sebuah bangunan sekolah yang terhimpit di celah-celah kawasan penempatan di Bandar Baru Ampang.

SMK Bandar Baru Ampang telah ditubuhkan pada  1 Januari, 2002. Pada peringkat awalnya, SMK Bandar Baru Ampang menumpang di SMK  Tasek Permai. Pada tahun pertama penubuhannya, bilangan pelajar cuma seramai 383 orang sahaja, sementara kelasnya terdiri daripada tujuh kelas peralihan dan enam kelas tingkatan satu. Bilangan guru-gurunya pula ialah seramai 32 orang dengan dibantu oleh lima orang staf sokongan sahaja.

Pada 28 November 2002, Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamed telah melawat tapak sebenar sekolah yang belum disiapkan dan mendesak pihak kontraktor yang terlibat agar menyiapkan segera pembinaannya. Atas usaha gigih Tuan Haji Abdul Ghaffar bin Kunchi Mohd dan kerjasama semua pihak akhirnya bangunan SMK Bandar Baru Ampang dengan rasminya berpindah ke bangunan sendiri yang terletak di Bandar Baru Ampang dengan kebenaran Menteri Pendidikan Yang Berhormat Tan Sri Musa Mohamed pada 1 Januari 2003.

Pengetua pertama SMK Bandar Baru Ampang ialah Tuan Haji Abdul Ghaffar bin Kunchi Mohd, beliau telah menabur baktinya selama lapan tahun di sekolah ini iaitu mulai pada 1 Januari 2002 hingga 1 April 2010. Penolong Kanan sekolah yang silih berganti iaitu Puan Hajjah Inson binti Derani yang mula berkhidmat pada Januari 2002 hingga Disember 2007 sebagai Penolong Kanan pertama. Seterusnya, Datin Norini binti Mokhtar pada bulan Mac 2007. Puan Shrifah Zahrah @ Faizah binti Syed Abu Bakar dilantik sebagai Penolong Kanan bermula Mac 2008 sehinggalah kini.

Walaupun usianya baru menjangkau lapan tahun namun SMK Bandar Baru Ampang telah Berjaya mengukir nama dalam pelbagai bidang baik dari aspek akademik mahupun kokurikulum. Pada 1 Januari 2010, bilangan pelajar SMK Bandar Baru Ampang ialah seramai 1 394 orang yang terdiri daripada pelbagai  kaum antaranya Melayu, Cina, India dan sebagainya, dan sebanyak 51 kelas telah dibuka untuk menampung pelajar sesi pagi dan petang. Jumlah guru-guru pula seramai 112 orang iaitu 95 orang guru tetap, tiga guru sandaran terlatih dan 14 guru sandaran tidak terlatih.

Pada tahun 2010, SMK Bandar Baru Ampang terus mengorak langkah berjuang kearah mencapai misinya “SMK Bandar Baru Ampang Cemerlang Menjelang 2012” selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia melahirkan modal insane yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Statistik

We have 43 guests and no members online

Today11
Yesterday14
Week66
Month289
All42016

Hubungi Kami

  • Add: SMK Bandar Baru Ampang, Bandar Baru Ampang, Selangor, Malaysia
  • Tel: (03) 42957800
  • Fax: (03) 42959800
You are here: Utama Maklumat Sekolah Profil Sekolah Sejarah Sekolah